Wednesday, October 2, 2013

gLoOmY mOrNiNg

Salamz...

Morning yg sgt gloomy hari ni. Malas giler rasa nak kerja tapi cuti tinggal sehari. Kalau nak buat muke selamba-bapak-aku-la-nak-kerja-ke-tak-nak... kerja melampoh-lampoh atas meja. Thanks to demam + batuk + sakit tekak + selsema + athma yang meny3babkan aku cuti 3 hari last week. Tapi, Alhamdulillah.. tu kan sume penghapus dosa gak kan?! Soooo redha je la. Sendiri mau ingat le dosa yag bertingkek-tingkek tu. 

Skang nie nafas masih pendek. Cepat mengah. Sesapa ada cara x nak pastikan jantung ni kuat balik and athma nie bebetul sembuh. Ubat, makan dah. Pantang, errrrr... kire ok la. Heheheh..

Di doakan sesapa je yg baca blog aku nie termasuk seluruh ahli keluarga korang dirahmati Allah. Doakan kesihatan aku ek?!

Salamz...

Monday, November 12, 2012

TrIp To KoReA - KoReA tOuRiSm CeNtRe In HaP SeNg ToWeR, JaLaN p.RaMlEe

Salamz...

Ya Allah!! Kalau di usha2 pada tarikh akhir aku update kat blog nie.. mmg layak sgt2 la aku menang anugerah blog yang paling x semenggah dan yang paling lembap sekali dalam sejarah penulisan blog. tapi x pe.. atleast ade blog daripada x ada langsung. wah!! masih nak berlagak.

Dalam setahun dua nie... macam2 yang berlaku dan terlalu banyak untuk dikongsi dengan sesiapa yg sudi baca blog nie. tapi x pe la.. barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang... merana badan. hambuih ko.. hehehe..

ok2.. skang nie aku nak kongsi antara benda yang paling besar berlaku dalam hidup aku iaitu gi melancong ke Korea Selatan. actually, yang akan ke sana cuma kami bertiga iaitu aku, my beloved wife and bob (adik ipar aku). Trip kami ke Korea nie x ada la lama sgt.. fly ke Korea 16 Nov 2012 and fly back to Malaysia pada 22 Nov 2012. InsyaAllah, aku akan cerita in details apa yang kitorang buat kat sana dalam threads yang seterusnya nanti. doa2kan la Allah memberi aku semangat nak meng'update' blog nie dengan jayanya. Threads yang seterusnya insyaAllah gak aku akan citer persiapan kami untuk ke sana.

Ok2.. x guna banyak bunyik, skang aku nak citer pengalaman kitorang ke KTC atau Korea Tourism Centre di Menara Hap Seng, Jalan P.Ramlee. Yang gi sana ialah aku, wife and mak mertua aku yang kami heret bersama. Terima mak coz sudi ikut kami.. hehehhe.. bob x ikut kerana dia gagal diselamatkan. Maklum la.. keluar pepagi. Kami ke sana hari sabtu bebaru nie (10 Nov 2012).

KTC ni dibuka sejak 2008 lagi. KTC nie ditubuhkan adalah sebagai pemberi info dan membuat promosi tentang Korea selatan terutama kepada mereka2 yang nak ke sana. so, kami ni mmg cukup sifat and syarat le untuk ke KTC ni. sesapa nak check tempat nie, sila buka website diorang, http://www.visitkorea.com.my. KTC nie kat ground floor je.. bebetul berdepan ngan Starbuck kat dalam Menara Hap Seng tu. 

 facade KTC

 pintu masuk KTC. cantik tempat nie

antara hiasan yang dapat dilihat dari luar KTC

Front desk yang penuh ngan pamphlet yang sgt2 berguna 

 colorful tempat nie.. mmg budaya diorang ni penuh colorful mcm bunga2 kat korea gak.. heheh

 antara pamphlet yang ada

  


 wife ngan bebudak F4 korea

 my wife ngan my mak mertua. posing sakannn. berlatar-belakang kan baang2 hiasan

 wife tgh bincang tentang itinerary kami kat korea ngan mamat korea yg jaga tempat nie.

 cantik gak susunan tempat nie. barang2 yg ada pun best2 untuk di tgk

kotak2 ni kalau buat hiasan kat umah mmg cun la.

 ahjumma2 ni sibuk buat preparation untuk kelas memasak. tapi kitorang x de le nak tunggu.

mom and wife tgh posing. 

 yeay mamanim..

walaupun mak mertua aku x gi.. tapi dapat try baju korea pun dah best

terasa amat kacak and hebat time nie. mwahahah


boleh buat cover cerita korea. 


 ni baju yang mula2 wife aku cuba. kecik sebab mmg baju utk budak kecik. heheh

wife andf mom-in-law. walaupun baju dia berlapis2... tapi x panas sebab nipis and material kain tu yg sejuk je

 wife ngan satu set baju termasuk topi kecik yg aku x tau namanyer ape. heheh


Kami kat sini x de le alama sgt coz tempat tu makin lama makin ramai org. Plus, masa kami datang.. kedai faceshop ada buat event dlm KTC nie. ye la.. faceshop tu kan produk korea. Pada aku, tempat nie is a must for those people yang berhasrat nak gi Korea. 

Kat KTC nie, better kalau korang buat itinerary korang dulu then bincang ngan staff2 kat sini. tanya pendapat diorang pasal itinerary korang tu samada ok ke x. kalau x.. diorang akan bagi suggestion. 

Ok.. sila sambung tgk pics bebarang lain yang ada di sini. sila2....


 bende ni ade sebelah pintu masuk. walaupun topeng2 ni dari korea tapi dan huduh bebenar rupenyer, tapi ianya x menggambarkan wajah sebenar org2 korea. hahahahah... kalau gini rupa diorang, x kan le aku nak gi sana.


 kasut2 yang comel. x try pun coz kakiku kan comel saiznyer


 nie la baju2 yang aku and family try tu. x banyak tapi cantik2. kalau nak try baju2 nie.. better datang before 9am. kalau x.. kena tunggu turn la

 comel banget kan?


posing before kitorang balik

sempat posing ngan jang geum. ni le antara citer korea yang best utk tgk. thanks to my wife yang telah berjaya meracuni aku ngan citer2 korea.. heheh

in conclusion, tempat nie mmg best. mmg berbaloi datang sini. ade beberapa voucher yg leh kita dapat kat sini yg sgt berguna time di korea.


Monday, July 4, 2011

... IsNiN pAgI yAnG gLlOoMy ...

Salamz..

Walaupun x de bende nak citer.. tapi nak menghilangkan ngantuk nie punyer pasal.. aku nak citer gak sket. hari nie tahap kemalasan untuk ke tempat kerja agak kronik. dah tahap2 ICU la.. ala2 x de harapan dah kan. tapi kena gak pergi. gile x kerja!! nak makan ape? tau x pe..

lepas hantar wife ke ofis dia.. aku ngan cergasnyer nak gi 2 tempat pagi nie. first.. kena gi site survey kat Kundang dan satu lagi kat damansara je. dengan penuh yakin, aku gerak ke kundang. secara jujurnya.. aku x tau kundang kat mana and x pernah le pergi sana. set garmin... and then terus je le. kire2 percaya je le kat garmin nie. Bismillah.. Bismillah...sampai site after nearly 40 minit driving la.



Lepas buat apa yang patut.. aku cergas balik ke kota damansara coz ade satu site lagik nak pergi. honestly, aku x tau aku kat mana. so.. mcm biasa.. set garmin and aku kire percaya bulat2 je la garmin nie. kalau dia tetiba tipu aku.. memang sesat le dan x jumpa la jalan pulang. mwahaha.. selepas jalan alam mana entah dia direct aku.. sampai le kat site kedua. on the way gi site kedua tu.. ramai lak client tipon. nak tu la.. nak nie le.. sampai kan bab architect pun dia tanyer aku. aduhai.. marah kang.. diorang x nak bagi projek lagi. sabarrrr...

Site kedua nie dekat je ngan office. opposite ngan Uptown Damansara je pun. macam tadi gak.. amik pic and usha aper yang patut.. aku pun balik ofis.



minggu nie will be quite a busy week. banyak sangat bende nak buat sampai aku rasa cam nak tembak sorang2 client aku. x reti2 nak bersabar. dah le tu.. kalau aku kata x boleh.. dia kata nak gak. x kire cara apa. diorang ingat apa? kalau aku mati nanti.. Tuhan tanya... aku gak yang nak menjawab... bukannya diorang. cettt!!!

Salamz...

Friday, June 17, 2011

... PeRkAhWiNaN aNgAh - ReSePsI bElAh LeLaKi (11 JuNe 2011) ...

Salamz...

Skang aku nak citer lak apa yang berlaku sepanjang kenduri belah lelaki. Actually kenduri belah lelaki yang di plan nak buat sesimple habis.. bertukar kepada kenduri yang bleh tahan grandnyer. ye le.. dah alang2 kenduri.. first time lak kenduri belah lelaki.. mesti mau bagi kow2 nyer. heheh.. gempak atau x.. yang penting semuanya selamat sejahtera dan berjalan lancar. jom.. kita usha2 apa yang berlaku.

kenduri belah laki adalah pada hari sabtu (11 Jun 2011). tapi sehari sebelum kenduri, 10 jun, tu ada buat kenduri kecil-kecilan sket. setakat baca yassin and tahlil. x jemput ramai pun. sedara mara yang ada je. majlis tu start lepas maghrib. Alhamdulillah.. semuanyer berjalan lancar.


Dikman tgh masak meehoon untuk juadah utama utk kenduri tahlil tu. Bob and dikman kire org kuat bagi penyediaan makanan la. sedappp oooo...

Esoknyer tu.. adalah hari yang ditunggu2. kenduri timeeeeee!! memasing bersiap.. pakai baju cantik2. dah macam hari raya dah aku tgk. aku mcm biasa le. pakai sempoi2 je. pakai baju time akad nikah dulu (muat lagi okay), pakai minyak wangi, pakai susuk and apa2 yg patut. handsome sungguh aku.

Majlis berjalan dengan cukup lancar. Alhamdulillah. aku rasa.. lebih lancar dari apa yang aku expect. x de sebarang isu langsung. pengantin sampai ontime.. mekap cantik.. pelamin gempak gilos... makanan sedap.. x hujan.. kire sume ok le. siap pengantin ade buat cempak ceremony lagi. korang tau cempak tu aper???!! x tau le tu. hampeh betul la korang nie. aku gak yang nak kena terangkan. ok la. cempak tu is a ceremony where pengantin balik bende2 untuk suke2. ade yang balik duit, ade yang baling coklat, ade yang baling budak.. mwahahha.. baling budak tu tipu je. untuk majlis cempak nie.. angah dan wife baling coklat. memang ceremony nie utk budak2 la terutamanya. ade gak le org2 tua sesat yang nak turut serta. best gak la. balik je coklat tu.. budak2 sume kerumun. ramai gak. siap ade yang nangis lagi sebab x dapat apa2. hahahha.. sian gak la aku tgk. harap x de le budak tu mengalami sebarang tekanan perasaan yang boleh membawa kepada kegiatan jenayah atau salah laku sosial. hehehhe..

Habis je majlis.. pengantin and photographer gi jalan2 amik gambar untuk outdoor session. aku sebagai abang yang kacak.. x pergi coz kononnyer nak membantu apa yg patut untuk kenduri tu. hasilnya.. aku makan nasik lagi dan berguling-guling atas lantai. mwahahah.. sungguh membantu aku nie. ade aku kisah? janji niat untuk membantu tu ada. dapat gak pahala.

moh kite nengok pic2 yang aku sempat snap. x de le banyak memandangkan aku busy hari tu. layan je le pics yang ada.


one dan lynn tgh posing atas pelamin. aku rasa diorang nie amik gambar atas pelamin ni lagi banyak dari pengantin amik gambar. rindu saat2 kawin dulu kot. hahahah


handsome and cun x kitorang. time2 busy tu le gak kitorang nak layan perasaan. pic nie pun kitorang snap sendiri. hadoih!


meja makan untuk vip. dua meja vip dikhaskan untuk keluarga belah pengantin pompuan. yang lain.. gi main jauh2


pintu gerbang untuk ke pelamin


antara suasa hari kenduri tu. time nie x ramai lagik yang datang


pengantin dah sampai. serba hitam gold. cantik baju diorang.


pengantin bersanding atas pelamin. ready untuk tepung tawar ceremony. x tau le kenapa tepung tu tawar.. kurang garam kot. mwahaha..


ija kat meja makan beradap


angah sebelum makan beradap. control macho. start je makan.. hambek ko. makan tak ingatnyer. lapar ler tu. aku time makan beradap nie dulu2.. x lalu langsung nak makan. mana x nyer. sume org dok usha2.. pemalu le katakan.. iyerrrrr lah.


upacara potong kek (time nie lagu kc & jojo diputarkan. romantik habis le. thanks untuk pengurus pilihan lagu time tu yg merangkap wife aku). heheh..




keluarga belah pompuan yang hadir. yang berdiri kat belakang, pakai baju merah (nombor dua dari kanan).. tu le mak pengantin pompuan.


aku ngan cermin mata baru.. hensem seh!! dah macam Aaron Aziz versi gemuk dah. hahaha..


belakang: angah, mak ngah, abah, pak su, maksu, pengantin
duduk: tok dan tok guru


bob ngan ehem2 bob (tasha) tgh mengambil berkat untuk majlis yang akan datang. hahaha.. pengantin kena ke tepi. nasib ko le angah.

secara ringkasnya.. start dari akad nikah sampai ke majlis kenduri ni.. semuanya berjalan dengan baik. Alhamdulillah, x de bende yg x diingini berlaku.

kepada angah and ija.. semoga rumahtangga yang dibina akan kekal berbahagia selama-lamanya... aaaammmiiinnnnnnn..


Salamz...

... PeRkAhWiNaN aNgAh - ReSePsI bElAh PoMpUaN (5 JuNe 2011) ...

Salam...

Nak citer sket pasal kenduri belah pompuan. Memandangkan kendurinyer 5 Jun 2011 di Bagan Datoh, so aku ngan family mertua aku convoy ke Bagan Datoh pada 4 Jun tu. kami plan untuk tinggal kat homestay malam nyer tu. Homestay yang kitorang nak stay ni dekat je ngan kampung pengantin pompuannyer. dalam 1 km je. senang le nak gerak esoknyer tu.

Kitorang gerak dah lepas asar. sampai sana time maghrib nak masuk isyak. dari KL kitorang gerak 3 keta.. keta bapak mertua aku, keta aku and keta hazwan. aku mmg seronok nak gi sana coz dah lama sangat aku x ikut jalan ke bagan datoh tu. dulu2 ade le time keje kat sentul dulu. kire2 mengimbas kenangan2 lama la. mwahaha.. bukan ade kenangan pun. kenagan keje ade le. cet!! x romantik langsung kenangan tu.


aku tgh posing pagi 5 Jun tu.. sekali tgk mmg macam Aaron Aziz. dua kali tgk.. macam Pak Aziz Satar. mwahaha.. kutuk diri sendiri.


bob, lynn, wife aku and mak mertua aku tgh giat siapkan bunga telur. aku? tgk je. bagi sokongan moral yang x seberapa bermoral


pic jalan masuk utama ke umah homestay nie.


ni le homestay yg kitorang duduk tu. ok la. selesa gak la. semi-D lagi. sewa satu umah dalam RM200. tengkiu pada pengantin yang sponsor.


kitorang gerak ke umah pemngantin pompuan jam 12 tengahari sebab bersanding jam 12.30. suasana pagi tu macam nak hujan sangat tapi alhamdulillah tak jadi hujan. so.. sepanjang kenduri tu keadaan cuaca agak panas. tapi ok la dari hujan. moh kite tengok pic yang sempat aku amik sebelum aku menjalankan aktiviti kegemaran aku... mentekedaghah (makan).


sampai2 je.. pengantin didudukkan di depan khemah pengantin. senang untuk saper2 nak amik pic. tema color.. purple.


bersanding


x tahan aku tgk muke angah. macam muke x tau nak buat apa. mwahaha.. sian adik aku. tgh control habis ler tu




Settle je majlis tu.. pengantin, bob, pengapit, lynn, hazwan and photographer gi buat outdoor shooting. aku balik umah je memandangkan perut dah kenyang.. amat sesuai le menjalankan aktiviti mengularkan diri kat sofa. penat layan suasana panas.

Conclusion majlis tu.. sume ok.. x de perkara2 yang tidak diingini berlaku. belah pmpuan dah habis azab dah.. minggu depannyer tu lak.. turn kitorang lak.

Salamz...