Monday, August 9, 2010

... JaKaRtA - 2nD daY ...

Salamz...

For the second day onwards... kitorang decide x nak sewa kereta and supir. reason sebab nak jimat duit and x nak tetiap hari habiskan masa layan jam. jam nyer bukan setakat KL kalah.. Kuala Pilah my lovely hometown pun kalah. ekekeke...

So.. second day kitorang berhajat nak naik bas transjakarta atau lebih dikenali sebagai busway. basically bas transjakarta nie.. sistem dia macam LRT la jugak. kena beli tiket before entering the station. station dia tgh2 jalan.. bukan kat tepi jalan. bas2 dia ok.. bersih. beza lagi satu is.. kalau kat malaysia.. kalau boleh dimampatkan seratus org dalam satu bas... tapi transjakarta ni... biler yg jaga pintu tu tgk macam dah ramai org satu bas.. dia x bagi naik lagi dah. bas akan terus gerak. bas nie pun ade laluannya sendiri. biasanya belah kanan jalan. dipisahkan dengan laluan kereta hanya oleh curb yang tingginya dalam sejengkal. Before ke Chempaka Emas.. kitorang singgah kedai depan hotel dulu untuk membeli pulsa atau lebih dikenali sebagai topup handphone kat Malaysia.


Sedang membeli topup


keadaan jalan Jakarta waktu pagi. belah kanan sekali tu la station transjakarta tu. disebelah kiri station tu lak route untuk bas2 transjakarta. baik naik bas dari layan jam tu. x hengatnyer jam!


Tengah beli tiket untuk ke Cempaka Emas.. harga tiket dalam RM1.20 la sorang. murah...


Sempat lagi posing sementara tengah tunggu bas. Aku just being the man behind the camera. hahaha.. anyway.. station dia mmg bersih sentiasa. Kalah Malaysia.

Destinasi kitorang hari nie adalah nak gi shopping kat Chempaka Emas. Perjalanan naik bas tu x de le jauh sgt. ok la. Chempaka Emas nie kire shopping heaven gak le. harga barang2 dia ok and quality pun leh tahan. memandangkan kat dalam mall nie x dibenarkan amik pics.. so.. DSLR aku pun disimpan dalam beg. miss byk moment best.


Ni la Chempaka Emas .. tempat dia bersih je.

Sampai je kat sana.. kitorang gi mengalas perut dulu. Lapar gile time tu. So.. kitorang pun gi la ke food court yang bersebelahan ngan mall nie. bersih je. surau dia kat atas. pergh!! bersih giler and besar gile!! kalau bezakan ngan surau kat negara sendiri... buat malu je la..


Pic dalam Chempaka Emas. sebab x leh guna camera.. aku curik2 snap guna blackberry aku


Smart gak kedai2 kecil yg dipayungi oleh payung2 transparent.. fuh ayat!!


korang ingat x sebelum nie aku ade sebut pasal sup buah? ha!! ni la dia. sedap gegiler. x de le compleks mana.. air bandung dicampur ngan buah2 beraneka jenis. tapi lazattttt!!


Ni bakso diorang. Bakso spesial. memandangkan aku bukan peminat bakso.. aku rasa 1-2 suap je. tapi mengikut kata wife and adik2 ipar aku tu.. diorang kata mmg sedap. sedap le kot!

Day 2 kitorang dihabiskan di Chempaka Emas. personally aku lebih suke gi Chempaka Emas dari gi Tanah Abang. Sebabnyer.. kat sini ada air cond. hehhe.. aku kan org kuala pilah. dah biasa duduk dalam salji dan suasana damai indah. mwahahah.. org pilah lain jangan banyak komen haaaa.. hehehe..

Salamz....

No comments:

Post a Comment