Monday, August 9, 2010

... JaKaRtA - 4tH daY ...

Salamz...

Hari keempat nie ialah hari last kami di Jakarta buat kali ini. Pagi2 lagi sume org dah siap kemas barang2 sebab kena checkout jam 12 noon. memandangkan masih ade beberapa barang yang perlu dibeli, my wife, mom-in-law and adik2 ipar gi ke Chempaka Emas untuk last minute shopping. sebagai org yang memang have no intention to buy anything on that day... aku mengambil tugas yang paling berat iaitu checkout tepat pada masanya. tau x kenapa berat? sebab... aku kena angkat sume beg2 yang 'umang ai-boghek-eh' tu. bukan satu tau. nasib baik la ade sorang staff hotel tu tolong. kalau x.. patah pinggang la. hahaha..

sementara menunggu yang lain shopping... aku melepakkan diri kat ground floor hotel sambil melayan tv indonesia. dalam 3pm baru sumenye balik hotel menaiki kereta sedara yang sepatutnya kitorang tumpang rumah dia time bercuti ke Jakarta ni. dia baru balik dr outstation. lepas tu, kitorang jalan kaki gi makan nasi padang. dekat je pun kedai nasi padang tu ngan hotel kitorang. u all bayangkan la... perut yang lapar giler nie diisi ngan nasi padang yang best. nikmatnya Tuhan je yang tau.


On the way ke restoran nasi padang tu... kami berhenti beli 'es doger'.

Es doger ni kalau kat Malaysia panggil ABC cuma lain sket bahan2nyer. yg bezanya... es doger ni diletak tapai. u all bayangkan la camner rasanya. bagi aku... kalau x de tapai tu mmg best. tapai tu serba sedikit memberi rasa pelik kepada ABC indonesia tu. maybe orang lain suka la kot. kalau korang nak rasa senang je. gi beli ABC and letak tapai. lebih kurang le rasanya tu. hahaha..


Alia dan Lynn tgh gossip2 ngan sedara kitorang tu.


Kat sini la kitorang makan. kedai nie betul2 depan jalan utama.


Ni la lauk2 yang dihidangkan. sume best2. Time nie mata dah nak terkeluar dah tgk lauk sedap2.


zoom sket kat lauk2 tu. kalau tgk time pose mesti tangkap leleh nyer. hehe..


Ni la pinggan aku. licin giler. berhenti makan pun sebab segan ngan org yang belanja. kalau x.. mahunyer tapaw. kui kui kui!

Lepas settle je makan.. kitorang jalan kaki balik hotel. nak kena call teksi to the airport coz kitorang ade 6 org. mana muat satu keta. aku, mak mertua and wife aku naik teksi. dari hotel ke airport x de le jauh sgt. dalam 20-30 minit je. tu pun sebab jam. tambang dalam RM30++ .


Ni la hotel yang kami tinggal selama 4 hari kami di Jakarta


Nie antara statue yang ada kat airport diorang. korang jangan tanyer apa yang statue tu tgh buat coz sampai skang aku pun x faham.


Mak mertua aku pose kat airport.

memandangkan kitorang datang agak awal.. so kitorang lepak je la kat airport. fligt dari jakarta jam 9pm. tapi flight delay dalam dekat sejam le gak. penat nunggu. nasib baik ade tv kat ruang menunggu. layan Indonesian Idol final.

Penerbangan balik agak bumpy terutama bila plane masuk dlm awan tebal. bumpy yg teramat. mmg tahap giler. takut pun ade tapi selagi topeng udara plane x dikuarkan lagi.. means sume masih in control la. Alhamdulillah... jam 12 mlm kami sampai LCCT. secara keseluruhannyer... experience di sana mmg best walau ade beberapa perkara yang diluar jangkaan terutama bab tempat tinggal. lagi satu.. x pernah terniat pun nak naik bas di Jakarta. tapi pengalaman tu cukup best walaupun ade sekali tu kitorang terlajak station time nak gi Grand Indonesia. hehehe..

InsyaAllah.. ni bukan kali terakhir ke sana. ade rezeki.. sihat tubuh badan... akan sampai ke sana lagi.

Salamz...

No comments:

Post a Comment