Thursday, August 12, 2010

... RaMaDhAn DaTaNg LaGi ...

Salamz...

Sabda Rasulullah SAW...
Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah menfardhukan atas kamu puasaNya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan" (Hr. Ahmad)

Ramadhan akhirnya datang lagi. Alhamdulillah... kita semua masih diberi peluang sekali lagi untuk menikmati segala rahmat dan kemuliaan yang Allah taburkan disepanjang bulan yang mulia ini. Semoga kesempatan seperti ini akan terus dinikmati pada tahun-tahun yang akan datang.

Hari ni hari kedua Ramadhan. yang dikesalkan sedikit... tadi aku pergi la beli barang sket kat mall kat area Selayang ni... kebanyakan kedai2 kat mall tu memasang lagu raya. come one la kan... baru puasa 2 hari x kan dah nak raya kot. personally, aku rasa cam Ramadhan x dihormati. ianya seperti kita mengharapkan semoga Ramadhan cepat2 la berakhir coz nak raya je.. x nak puasa. isk! isk! ... sedih lak aku ..

apa pun... semoga kita dapat meningkatkan ibadah kita sepanjang bulan ini dan semoga ibadah2 itu akan berlarutan sehingga kita mati. yang paling kurang pun... semoga puasa kita tahun ini jauh lebih baik dari puasa2 kita yang sebelum ini. didoakan semoga kita bersama dirahmati dan mendapat keampunan Allah. Semoga segala ibadah dan puasa kita diterima Allah dan semoga ibadah2 ini akan dapat memberatkan timbangan kebaikan yang kita buat di dunia ini. AAAAmmmiiinnnn...

Salamz...


No comments:

Post a Comment