Tuesday, August 17, 2010

... ReSePi SaMbAl DaUn KayU ...

Salam...

weekend bebaru ni balik kampung kat Taman Bahagia Delima, Kuala Pilah. seronok buka pose ngan mak dan ayah. hari ahad before balik... mak masak sambal daun kayu... minang style. ingat lagi masa kecik2. ramai yang mintak mak masak sambal daun kayu nie. org kenduri le.. kawin la.. saja2 le.. sume mintak mak masakkan. malah... time aku kawin dulu pun mak masak. kengkawan dari KL makan sambal daun kayu tu macam makan nasi. hahaha... diorang kata mmg best giler.. x pernah rasa sesedap nie. Alhamdulillah... berkat mak masak. kat KL ramai and leh gak jumpa lauk nie. but to be honestly... x de satu pun sedap. x pekat, x banyak tempoyak and ade pucuk ubi je. bahan2 lain x de. mak kata.. diorang meniaga.. nak untung lebih. x mementingkan rasa sangat asalkan untung.

So.. kat sini aku nak share la sket resepi mak aku tu. sesapa nak try leh la. cuma masalah sket ialah part bahan2 tu. bile aku tanyer mak aku, "mak... berapa banyak santan? berapa banyak lada? berapa banyak garam?" then mak aku reply,"susah la nak cakap. kena ikut rasa". tu le payah sket. mak aku kata... masak ni kena ikut rasa. agak2 le katanya. mmm.. so.. aku letak le sket pic so korang leh budget2. selamat mencuba.

Bahan-bahannya:

1. Pucuk ubi (kalau x kenal x tau la)


2. Pucuk kadok (tanye org kat pasar)
3. Daun kunyit
4. Pucuk mangun (tanyer org pasar gak)
5. Daun lidah kerbau (jangan plak letak lidah kerbau.. hehehe)

*** Bahan no. 1 hingga 5 perlu dihiris halus2.


6. Serai (dalam 3 batang)
7. Cili (dalam segenggam)
8. Kunyit hidup (dalam sama panjang ngan jari telunjuk)

*** bahan no. 6, 7 dan 8 perlu di blend bersama


9. Petai (dipotong kecil.. saiz sesuka hati)


10. Ikan bilis

11. Tempoyak (dalam 1 kilo sekurang-kurangnyer)
12. Santan (dalam setengah kilo atau 2 biji kelapa)


13. Gula (secukup rasa)
14. Garam (secukup rasa)

Antara bahan yang diperlukan


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak and kuali
2. Masukkan bahan2 yang telah diblend tadi bersama ikan bilis dan sedikit air


3. Kemudian masukkan tempoyak


4. Kacau semua bahan
5. Apabila sudah mendidih... masukkan kesemua daun2 yang telah dihiris halus tadi dan petai nya sekali.


6. masukkan sedikit air kalau terlalu pekat. tapi pastikan gulai nie mmg kena pekat. kalau x, x sedap.

Dah siap dah.. sila makan.. yummie..


Tu je cara memasaknya. Kalau x faham gak.. korang tanyer la mak aku. tapi kalau susah2 sangat nak masak tapi memang nak makan sgt gulai ni... korng bagi je duit kat mak aku... mintak dia masakkan. kuikuikui.. confirm sedap.

Selamat mencuba..

Salamz...

No comments:

Post a Comment