Friday, August 27, 2010

.. tErInGaT zAmAn DoLu-DoLu ...

Salamz...

Lama dah x update blog nie. OK... kali nie aku just nak share sket kenangan2 time study kat UIA dulu. kepada member2 satu studio dulu yang membaca blog aku nie, korang tengok la sket2 pic yang bakal aku letak nanti. sure gelaknyer kalau ingat time study. banyak kenangan best and x best yg susah nak lupa. badge aku time kat main campus dulu tak ramai asalnyer. adalah sembilan org. sket giler. nak buat team bola pun x lepas. team boling leh la buat 2 team. yang paling tak tahan kalau tgk pic study dulu ialah muke sorang2. hahahaha.. muke sorang2 memang jujur and suci. skang nie kalau tgk... pergh!! no comment... hahahah...

Memandangkan time tu aku x pakai dslr dan x de saper pun kawan aku pakai dslr.. so, pic2 yg akan diletak kat sini kureng la sket kualitinyer. x pe la.. layan je..


Nie la the original badge aku (tahun 2000) before penambahan beberapa org. dari kiri: fuzzy, lin, ajis, ayam, joe, aku (tolong jgn gelak tgk muke aku ek), maza, eim and normi.

Pic kat atas tu berlatar belakangkan kulliyyah kitorang, Kulliyyah of Architecture and Environmental Design (KAED). sebab terlalu sket kitorang nie.. memasing dah rapat cam adik-beradik. yang paling senang kalau nak gi field trip. lecturer kata kitorang nie senang nak dibawa kemana aje sebab muat2 satu van. x yah nak book bas. sebab tu kitorang selalu gi field trip. hehehe..


time nie kitorang kat kepala batas kalau x silap aku. field trip kat sana. best gak. dah macam boyband dah aku tgk

hahaha... tak tahan tgk muke sendiri. kurus beb! skang nie.. masyaAllah. tu feveret tshirt aku time tu. pic kucing. kire aku comel cam kucing la. hahahah...ajis time nie comel lagik. skang dah bulat gak.

nie aksi yang lain dari kitorang kat kepala batas. aku dah macam rapper sesat dah. hahaha..


ni time kat Cameron Highland. field trip kat sana mmg best.


nie pun kat cameron. ngan lecturer2 skali dah perangai cam kitorang. layannnn..

Field trip ke Cameron Highland was one of the best la bagi aku. kat sana, kitorang sewa asrama sebelah umah owner dia je. ok la. budget. antara yang x leh lupa ialah budak pompuan dapat bilik yang ada water heater. kitorang jejaka2 hebat nie.. x de water heater. saper yg pernah gi cameron tau le camner sejuknyer and bayangkan la mandi kat sana tanpa pakai water heater camne. hehehe.. dah le toilet tu x de shower. yang ada air dalam bekas besar ala2 kolah. air dalam kolah tu sejuknyer confirm macam air dalam petiais. bile mandi, especially simbahan pertama... pergh!!!!.. beku and cramp satu badan. masing2 siap menjerit lagi. mmg gile la pengalaman tu. tu baru mandi. time membuang air besar pun sama. x nak le cerita... korang bayangkan and fikirkan la sendiri. kui kui kui..

nie time majlis perpisahan untuk bro fuzan before dia fly ke australia


time nie kitorang singgah ke bukit kayu hitam masa field trip ke utara malaysia. shopping x hengatnyer kat sana.


smart x kitorang? haha.. depan kitorang tu ialah model yang kitorang buat untuk project di kuantan. Majlis Perbandaran Kuantan nak beli model kitorang tapi kitorang x jual sebab diorang nak beli murah sgt. x balik modal. hahaha.


time nie aku and member2 aku nie kat atas bangunan yg tinggi. korang tgk muke aku baik2. dah macam cicakman aku tgk. kurus tahap ksatria baja hitam.

pic joe and ajis kat mana entah.

biler tgk2 pic dulu-dulu... memang gelak le. kepada member2 aku yang ade pic dia dlm nie... korang mesti ade gelak2. to ajis... ko ingat x kisah2 kita dulu. hahahah.. entahapahapaentah. teringat plak aku kat 'tarian keluarga' kita. hahaha.. gilo... gilo...

aper pun.. kisah2 time study dulu byk memberi kenangan dan pengajaran. kepada kawan2 se studio aku dulu... aku doakan semoga semuanyer sihat dan berbahagia disamping yang tersayang. ada masa... ade peluang... kita jumpa lagi. yang pasti.. kalau jumpa... korang belanja aku makan!!! hahahahah..

Salamz...

4 comments:

  1. argh!!!! RINDUUUUUUUUUUUUUU!!!!!! :(

    ReplyDelete
  2. rindu pd shah... rindu pada semua..

    ReplyDelete
  3. mmg rindu zaman dolu2. x banyak masalah sgt time tu. just nak kena fikir pasal study je.

    ape khabar sume kengkawan?

    ReplyDelete