Wednesday, September 8, 2010

... ZaKaT FiTrAh ...

Salamz...

Alhamdulilllah... zakat fitrah yg perlu dibayar untuk tahun nie dah settle masa pertengahan puasa lagi. aku bayar kat amil yang ada kat selayang mall. lega hati bile dah bayar. kalau x... rasa macam x best. bak kata budak2 backstreet boys, "there's something missing in my heart". pergh!! berfalsafah aku. hehehe... tahun nie, kadar bayaran zakat fitrah untuk KL adalah RM7.


resit bayar zakat fitrah utk KL tahun ni mmg cun kalau nak banding tahun2 yang lalu.


kalau nak cerita pasal zakat fitrah nie mmg byk bende leh cakap. kali nie aku x de le nak citer pasal zakat fitrah dalam konteks agama. tapi, nak story-morry-the-morning-glory sket zakat fitrah nie berdasarkan pengalaman aku sebagai anak kepada ayah aku yg jadi amil. ayah aku yg dah bertugas sebagai imam sememangnya akan secara direct nyer menjadi amil. memandangkan ayah aku dah jadi imam dekat2 20 tahun (ke lebih ek? entah)... banyak le ragam2 orang yang nak membayar zakat fitrah nie yang aku perhatikan.

pelik tapi benar... walaupun ramadhan dan had masa untuk membayar zakat fitrah adalah 30 hari... x tau napa terlalu ramai org kita yang suke bayar last2 minit. kengkadang tu bukan setakat last minit tapi dah x de minit pun baru nak bayar. hehehe. entah le org kita. nak cakap lebih... bangsa sendiri gak. kuikuikui. hari pertama puasa hingga ke pertengahan puasa... mmg jangan mimpi la yg nak datang umah aku untuk bayar zakat. kalau ade pun... sorang dua yang bayar sebab diorang nak gi buat umrah. time yang paling feveret org datang berduyun-duyun nak bayar dan memenuhkan ruang depan umah ayah aku kat kampung tu ialah minggu terakhir puasa. memang ramai sampaikan ayah aku nak gi toilet pun x sempat. sian org tua tu. mak aku selalu sound diorang2 yang lambat bayar zakat nie, "apo ko lambek bonar bayar? ghumah dokek yo" (kenapa lambat sangat bayar? rumah dekat je). beberapa jawapan standard yang tetiap tahun diorang bagi ialah:

1. sibuk kerja
2. nak tunggu balik kampung baru nak bayar (ni aku tak faham kenapa. bahkan dalam Islam, afdhal kita membayar zakat fitrah kita di daerah kita bekerja)
3. x de masa
4. terlupa
5. nak dapat keampunan dari Allah (ha! yang nie jawapan yg x betul. kalau x salah aku mmg ada hadith yg menyebut kalau bayar awal dapat keberkatan dan kalau bayar lambat dapat keampunan. tapi keampunan yang Allah bagi tu bukan untuk dosa2 yang lain tapi keampunan sebab bayar zakat walaupun lambat. isk! isk! biler dah salah faham ttg agama... gitu le jadi nyer.)
6. -silent- diorang sengih je sebab x tau nak jawab ape.

kalau korang nak tau... bukan setakat malam raya je org berpusu-pusu dtg umah ayah aku nak byr zakat, bahkan pagi raya time kitorang satu family tgh siap2 nak gi solat raya... masih ramai datang nak bayar zakat. memasing buat muke x malu. aduhai.. mmg x hengat la. aku mmg hangin satu badan. nak je aku halau. ade tu plak... lepas solat raya pun ade yang datang nak bayar. diorang bukan x tau yg bayaran zakat fitrah hanya sampai solat raya je. lepas solat raya, seandainya ade yg baru nak bayar, tiada sebarang pahala atau keberkatan yang Allah bagi. cume terlepas dari hutang dan dosa. kire langsai hutang je la. nie lagi hampeh punyer org. hahahah.. alasan2 kat atas tu sume x logik. mana taknyer. kalau diorang bagi alasan sibuk keje... diorang x gi solat jumaat ke? x gi shopping mall ke? lepas solat jumaat kan leh bayar kat amil2 yang ade kat situ. kat shopping mall plak kan sume ade amil yang open table. mmg x faham aku diorang nie.

lagi satu le yang aku nak komplen sket pasal kita2 nie la yang bayar zakat fitrah nie. kita nie kena le tau biler time sesuai nak gi umah amil tu untuk bayar zakat fitrah kita. ni tidak. ade ke datang pukul 12 malam and kekadang 1 pagi pun datang umah ayah aku. giler per! mmg x de adab langsung. ade tu plak datang lepas maghrib and then tanya aku, "imam ade? nak bayar zakat le". dah sah2 le time tu ayah aku kat masjid. dah namanyer imam. hahaha.. sewel betul.

apa pun.. semoga puasa yang kita kerjakan and zakat yang kita keluarkan pada tahun nie diterima Allah sepenuhnya. kepada korang yang sudi baca blog aku nie.. selamat menghabiskan sehari dua lagi puasa yang ada and selamat hari raya.

Salamz...

No comments:

Post a Comment