Monday, December 20, 2010

... PeNaNg TrIp - 11 DeC 2010 ...

Salam...

Kali nie aku nak share pengalaman aku gi penang ngan wife and adik ipar aku, bob. gi sana bukan le untuk jejalan atau melancong ke hape... tapi sebab ade kenduri sedara belah mertua aku. sebagai husband yang budiman... aku nie pun ikut je la. sepatutnya gi ngan angah skali tapi memandangkan ofis dia ade dinner lak.. last minute dia x dapat ikut. basically... kitorang gi sana sehari je pun. naik flight dari LCCT jam 8.30am and balik flight balik KL adalah esoknya jam 3.30pm. sehari lebih la kirenye.

wife aku tgh membuat perancangan sesampai je di airport. dia lah mastermind trip kali nie


antara brochure2 yang diambil untuk membuat perancangan. time kitorang datang nie.. macam2 pesta ade kat penang. just kitorang je x de masa.


bob membantu dalam membuat perancangan.. kalau perancangan bob confirm melibatkan mandi laut.. hahahahah...


memandangkan aku and bob dah lama gilerz x gi penang, so kitorang pun amik keputusan gi jalan2 dulu kat area pulau pinang tu. kenduri tu kat bertam. jauh oooo.. kalau dah gi sana nanti x de maknanyer nak patah balik ke pulau untuk jalan2. so... sampai je airport.. kitorang terus gi round2. first place kitorang gi ialah Georgetown. sajer nak carik makan2 kat sana sebab kitorang sampai2 Penang.. memang dah tahap kebulur. Jalan kat Georgetown mmg jam gilos. untuk lunch.. kitorang stop makan kat Restoran Kapitan. kedai mamak nie mmg femes sampaikan masuk Jalan2 Cari Makan. makanan dia boleh tahan sedap. harga pun kire reasonable la.

Restoran Kapitan yang diperkatakan itu


Bob bersama makanan yang akan hilang dalam sekelip mata. Pufff!!!


Sebagai lambang percintaan kami @ nak jimat duit, aku and wife makan kongsi makanan. walaupun kongsi.. tetap kenyang.. burrrppp! sori pic nie blur sket coz tangan menggigil tahan lapar.. hahahaha.


ni lah hasilnye setelah beberapa detik kemudiannye

Lepas je makan.. dengan gagahnyer kitorang ikut perancangan bob plak iaitu gi Batu Ferringhi. sampai je kat batu ferringhi... hujan baru je berhenti. usha2 port yang best tapi keadaan air laut kat batu Ferringhi tidak mencapai status air laut selamat untuk mandi-manda. kuikuikui.


korang tengok le air kat Batu Ferringhi camner.. coklat. macam2 makhluk ciptaan Tuhan ada kat gigian air tu. ade berani?!

So.. kitorang pun tukar strategi. kitorang gi Teluk Bahang plak. Dekat je pun. sebelah je. air kat sana ok sket tapi ombak dia.. dah macam kat miami. walaupun aku x pernah gi miami.. tapi rasa2 nye lebih kureng la tu. hehehe.. memandangkan aku and bob mandi laut.. wife aku dipertanggungjawabkan untuk mengambil pics kitorang.


bob tgh bersuka ria.. aku baru je nak join. dengan gagah nyer aku melangkah


bob berada di luar kawalan.


bob lagi


bukti ombak kat situ yang membukit


bob lari dari ombak besar. laaarrriiiii!!!


aku dah jadi macam tukun dah kat situ.

kitorang mandi x lama coz air hujan. then kitorang pun gerak nak cari makan. dah lapar balik. on the way tu, kitorang singgah kat Hard Rock Hotel and Cafe. x de le makan situ. just nak snap pics je. nak buat kenangan...


wah!! macho x aku? posing maut..

Lepas posing2.. kitorang straight gi Gurney Drive. Wife aku dah nak sangat makan pasembor. Jalan ke sana jam gak. so kitorang sampai sana pun dah maghrib. ramai gilos orang. berdasarkan pemerhatian aku, tempat nie dibahagi kepada 2 bahagian, peniaga cina dan peniaga melayu. so.. of course le kitorang gi yang belah peniaga melayu. kena carik yang halal le beb. makan pasembor... pergh.. boleh tahan tapi harga x leh tahan. Sepinggan wife aku amik harga dia RM12. tapi banyaj le kan. kitorang beli satu je pasembor.. kongsi 3. Then beli nasi lemak lak. tapi aku x makan nasi lemak. aku beli char kuew teow basah spesial. sedap gak.




pasembor nie la yang kitorang makan.


nasi lemak nie aku share ngan wife aku. rasa.. ok la. not so bad.

malam tu.. kitorang tumpang tido umah sedara. dah nama destinasi bajet.. so kena le bajet betul2. malam nyer tu kitorang singgah jap umah sedara yang nak kenduri tu. tolong sket2. bukan tolong ape.. tolong makan apa yang ada. mwahahahha... esoknyer.. kenduri kitorang gi awal. dah mmg umah kenduri tu belakang umah yang kitorang stay mlm tu. dekat je la. datang kul 12. gi awal sebab kul 1pm kitorang dah kena gerak ke airport. kang tertinggal kapal terbang plak.


4 jenis air yang penuh colorful. sorry pic gegar coz dah lapar.




ayang and tok


amik pic ngan abah, tok dan tuan rumah yang kami tumpang tu.

Lepa je pic nie di amik.. kitorang straight gerak ke airport. in conclusion, trip kali nie best gak walaupun pendek je. pada sedara-mara kat Penang terutamanya abang aku sendiri, Along.. sorry sgt coz x sempat datang umah. masa terlalu pendek and banyak tempat nak gi. x pe.. insyaAllah.. ade masa and ade wang.. sampai le kitorang kat sana lagi. tapi kalau ade sesape nak sponsor.. bagitau ek. hehehe..

p/s: sori coz pics kureng sket coz pics nie sume totally amik dari original capture. x edit langsung. x de masa maaaa.. korang layan je la. heheheh..

Salamz...

No comments:

Post a Comment