Tuesday, May 17, 2011

... CaMeRoN hIgHlAnD - pArT 1 ...

Salam..

masa aku tulis blog ni.. aku dah ade kat apartment yang kitorang sewa untuk the whole 4 days kat sini. aku and wife gerak dari umah kul 7am. Jumpa adik ipar aku (bob) ngan mak and ayah mertua aku kat hentian tapah. actually, bob je ikut. parent-in-law ikut kitorang just untuk hari nie je. petang kang diorang balik coz esok diorang keje.

Dari KL, kitorang gi cameron ikut jalan tapah. pada mulanya nak ikut jalan simpang pulai. last minute, ubah decision lak. sajer nak try jalan tapah. dah lama x guna jalan tu.

keta bapa mertua aku kat depan tu.

jalan tapah ni mmg x berubah jika dibandingkan time aku pergi time study2 kat UIA dulu. sama je. jalan yang mengalahkan Bukit Putus kat kuala pilah. x banyak keta skang ni sebab bukan cuti sekolah. aku no hal ngan jalan yang bersimpang siur tu tapi yang x tahannyer... banyak sangat lubang2 (potholes) yang menyambut kedatangan kitorang.

snap pic Lata Iskandar. Pernah mandi2 sini dulu. air dia.. mak aih.. air dalam tulang sumsum pun leh beku. x hengat..

Sampai2 je.. kitorang terus check in dulu. kitorang stay kat Apartment Villa Dahlia di Tanah Rata. Best gak apartment dia. memandangkan apartment ni under company wife aku... so stay sini selama 4 hari just cost us RM20 in total. ade peti ais, mesin basuh, 3 bilik, sofa, meja makan and astro with channels yang lebih banyak dari umah aku. mwahaha..


aku kelihatan begitu kacak dalam pic nie. mwahha.. tgh unpack barang. kitorang bwk barang macam x nak balik kl dah.


view dari tingkap apartment kitorang

view kedua dari tingkap apartment. cantek seh...


ruang tamu apartment


master bedroom. salah satu dari 3 bilik yang ada

Lepas lepak2 and rehat2.. kitorang straight ke Brinchang untuk makan2. perut lapar perlu diisi. X tau nak makan kat mana sebenarnya. Last2 kitorang makan kat satu foodcourt ni. sedap and murah gak harganya (kalau nak dibandingkan ngan harga KL ler).





keychain ni smart.. I like..


bende ni mmg aku x pernah jumpa kat mana2. pengorek telinga pun ada. mwahahah... smart gak


warna2 cekak ni menarik le plak. design standard.. gambar strawberry


memacam beg yg berwarna-warni tapi sume pic strawberry. patut le kan.. x kan nak letak pic kanggaru plak.


memasing tgh shopping..

Lepas je sume aktiviti nie.. kitorang balik apartment. semayang... rehat dan ada yang tido. aku, wife and bob layan tv. InsyaAllah.. ptg and malam nie kitorang akan jalan2 lagi lepas parent-in-law dah gerak balik. may be nak gi Tanah Rata jalan2. nanti blog ni akan diupdate for Part 2.. tungguuuuuu..

salamz...

No comments:

Post a Comment