Thursday, May 19, 2011

... CaMeRoN hIgHlAnD - pArT 3 ...

Salam...

Kali nie aku nak citer apa yang aku buat semalam, hari rabu @ hari kedua kami di cameron highland nie. Secara totalnya kami x banyak buat apa2 coz my wife still kena buat keje ofis dia. so... pagi bermula dengan upacara membuat sarapan. memandangkan malam tadinyer tu kitorang dah beli macam2.. so sarapan nie kitorang masak sendiri.

Jeng! jeng! nasi goreng + telur goreng ni aku yang masak. keropok tu bob yg goreng

Lepas je makan... kitorang bercadang pada pagi tu nak gi petik strawberry. mana leh datang cameron highland kalau x gi ladang strawberry. so.. dengan langkah yang penuh bersemangat.. kitorang pun gi le cari ladang strawberry kat area Taman Sedia. mengikut google search yang dibuat malam sebelum tu, ladang area Taman Sedia nie strawberry dia best2. lagi pun area nie dekat je ngan apartment kitorang nie.

ni le ladang strawberry first yg kitorang pergi, Opah Strawberries & Jems

Mungkin bukan luck kitorang le. niat di hati nak memetik buah strawberry sendiri tapi berkesempatan. pekerja farm nie kata yang diorang baru je sembur racun. latest by sunday baru leh petik sendiri strawberry. hampeh dan hampagas sungguh. x de rezeki aku ler. here are some pics yang sempat aku snap kat farm tu.

biler tgk strawberry time nie... rasa nak petik je. sabor! sabor!

ni bunga pokok strawberry. cantik kan?


antara bende yang dijual kat ladang strawberry nie

bagi mengubati kesedihan di hati.. mwahahah... aku, wife and bob membeli beberapa bende kat sini such as strawberry dan jem strawberry. atleast ade hasil le datang sini. time kitorang dtg nie.. tinggal satu peket strawberry je. sedih!

Then.. memandangkan kitorang x puas hati.. kitorang gi lak strawberry farm lain. kali nie kitorang gi farm yang dekat je ngan apartment kitorang. nama farm tu ialah Healthy Strawberry Farm. besar lagik le farm ni kalau dibandingkan ngan tempat tadi. kat sini bukan setakat strawberry malah ade jual cactus, pokok-pokok bunga dan barang-barang cenderahati. kitorang x beli apa pun. survey2 and usha2 je. ok la farm ni tapi x de le grand mana. just nice la. here are some pics yang sempat di snap kat farm tu.







Lepas tgk and beli2 apa yang patut... kitorang then direct gi Kea Farm. Kea Farm is one of the attractive place kat Cameron Highland ni. Kire x sah le kalau pergi Cameron Highland tapi x gi Kea Farm. Nie kali kedua aku datang ke Kea Farm nie. tempat ni x jauh berubah kalau dibandingkan time aku datang masa study dulu.

Kea Farm nie kire heaven for shoppers yg nak carik fresh foods and fresh vegetable la. suma fresh and harga mmg best. stock2 harga yg confirm x dpt kat KL even ko anak raja or buat muke kesian. hehehe.. masa kitorang gi tu.. x ramai org sangat. leh la. selesa dtg time x ramai org nie. kitorang gi Kea Farm ni lebih kepada usha2 barang dulu. x nak beli awal2. kitorang balik KL pun hari jumaat. time kitorang gi Kea Farm nie baru hari rabu. beli awal2 kang.. busuk lak. kitorang just beli sayur-sayuran bagi di masak selama kitorang berada di Cameron ni. so.. aku share sket pic2 kat sana.


buah-buahan kat sini sumenyer segar2. colorful la tempat nie

ni le jalan dari tanah Rata and Brincang ke Kea Farm nie


Antara bende yang dijual di sini.. bebungaan keindahan.. hehehe

wife and bob tgh window shopping

mcm2 jenis fridge magnet ade kat sini. harga pun murah. best!

wife tgh mencari selipar strawberry untuk aku.


korang tgk le harganye.. 13 bungkus Rm10 je. KL ade? jgn mimpi ler..

Wheat grass nie le yg aku borong bagi kat bebudak ofis. comel jer..

macam2 jenis and color bunga ada kat sini. pilih jer.. jgn luper bayar dah!

jenis-jenis bunga ros yang ada dijual

bende ni namanyer jambu epal. buah ni dah dijadikan jeruk. rasa buah nie.. ok2 je la. x de le aku minat sgt



jagung yang dijual kat sini memang besar2. kenyang le kalau makan satu je

Lepas settle shopping kat Kea Farm nie.. kitoarang balik apartment coz wife aku kena sambung keje dia. sian lak dia. esoknyer tu wife aku dah nak kena email kat boss dia. balik je apartment, aku ngan bob terbongkang atas sofa. penat weh! rehat... rehat.. esoknyer nanti nak round2 lagi. kena kumpul tenaga nie.

p/s: memandangkan internet yang slow semenjak dua menjak nie dan kesibukan kerja yang agak melampau-lampau... thread nie dan thread yang seterusnya berkenaan percutian di Cameron Highland.. di upload kan agak lambat. x pe lah.. janji aku ade gak share ngan korang yang sudi baca blog nie..

Salamz...

No comments:

Post a Comment