Wednesday, May 25, 2011

... CaMeRoN hIgHlAnD - pArT 4 ...

Salamz...

Entry yang ke empat nie aku masukkan sket update ttg malam sebelumnyer tu iaitu rabu belah malam. Lepas je kitorang balik dari Kea Farm.. wife aku buat keje dan aku & bob melepak tgk tv. Then, dalam kul 9.30pm, bapak mertua aku and tok datang cameron highland tumpang sedara yang duduk kat sini. before that, aku and bob memasak bende2 yang kitorang beli time siang nyer tadi. aku masak sotong pedas and bob masak sayur. makan mmg x hengatnyer sedap. kat sini asyik makan je la. gemuk le camnie. tu je le pun updatenyer.

ni le lauk yang aku masak. tq pada mak yang ngajar aku cara masak lauk nie sebelum nie

sayur2an yg bob masak. sedap seh! rasanya lain sebab sayur2 nie sumenyer fresh

antara bende yang sedap giler... strawberry + chocolate. mmg sssluuuurrrpppp!!

ok.. proceed kepada aktiviti hari khamisnyer lak. Memandangkan esoknyer (jumaat) kitorang akan balik awal coz ade hal sket kat Plaza Damansara, so hari khamis tu kitorang nak jalan puas2. kasi gegar ini Cameron highland. mwahahah.

Pagi tu.. macam biasa le. bende yg paling susah nak buat ialah bangun pagi. mana x susahnyer.. cuaca sejuk giler. mmg sedap tido. tapi digagahkan jua le bangun pepagi.. amik wudhuk and solat subuh. mengambil wudhuk tu pun satu kepayahan. mana x nyer.. air punyer le sejuk. water heater plak kekadang ok.. kekadang x. leh beku tulang belulang aku.

kitorang start jalan dalam kul 11am. kire lambat le gak kitorang kuar sebab wife aku still kena buat keje dia. bagi can le kat dia biar dia settlekan kerjanya. first place yang kitorang pergi hari tu was the Boh Tea Centre. perjalanan dari jalan utama ke Boh Tea Centre ni agak mencabar. jalannyer cukup sempit dan berliku-liku mengalahkan Bukit Putus kat Kuala Pilah.

Sampai je.. kitorang kena parking kat bawah.. visitor parking area.

Dari tempat parking ni. kitorang kena jalan kaki sket ke atas. sampai2 je.. hujan gerimis mengundang. kena pakai payung.


ni le jalan yang menyambungkan parking visitor ke Boh Tea Centre tu. belah kiri kitorang adalah sekolah rendah.

kat belah atas kaknan tu is the Boh Tea Centre. kitorng on the way ke situ le. view2 kat sini mmg gempak. memang tenang kat sini.


kitorang beli 3 jenis teh yang sememangnyer kitorang x pernah dgr pun. pakai pilih je pun. nak rasa. Disebabkan perut agak lapar.. kitorang beli kek sekali


Salah satu view dari deck Boh Tea Centre.











Lepas gerak dari Boh Tea Centre tu.. kitorang singgah lak kat Taman Rama-rama yang agak berhampiran ngan simpang amsuk ke ladang teh tadi. Nak masuk taman rama2 nie kena bayar RM5 sorang.

Masuk je taman rama2 nie.. ingatkan ade rama2 je tapi macam2 ada. ade rama2, bunga2, ular, kala jengking, ayam dan amcam2 lagi. kire ok gak la.

aku and wife buat aksi rama2. comel x? mwahaha..

bob tgh carik angle baik utk snap pic

bob posing ngan antara bunga yang ada. besar woooo.. Kuala Pilah x de bunga besar nie. hehehe.

ni le spesis rama2 yang bersepah2 dalam taman rama2 ni. banyak giler. mana2 ade. x gerak pun. punyerlah banyak sampai aku x sedar aku terpijak. hahha.. sorry tuan taman rama2.

Antara makhluk Tuhan yang ada. mamat nie dalam sangkar.


Settle je kitorang jalan2 dalam taman rama2 nie.. hujan turun ngan agak lebat. memang sepanjang ade kat Cameron nie.. hujan 2-3 kali sehari. hujan rahmat kot.. insyaAllah. hehe.

Then.. next destination adalah Kea Farm. Sebelum nie kitorang gi Kea Farm utk survey2 je dulu but kali ni kitorang nak borong aper yang patut. Memandangkan hari hujan, so x ramai le org kat Kea Farm nie. So.. kitorang menggunakan peluang nie sebaik mungkin untuk shopping sakan. mwahaha. aku lak, nak beli barang2 utk bebudak ofis and kakak2 aku.

wife and bob tgh shopping sakan


Lepas beli apa yang patut.. kitorang gerak arah ke Brinchang. Pada mulanya bercadang nak bali apartment coz badan dah penat. Tapi, memndangkan hari esoknye dah nak balik which means no time to shoping anymore.. so kitorang singgah kat kedai jual bunga kaktus.

actually aku lupa nama kedai kaktus tu. something like Cactus Valley kot. kat kedai nie.. macam2 jenis kaktus ade. kire jakun gak le aku memula tu. harga kaktus2 kat sini kire logic le dek akal. agak murah dan jauh murah le kalau nak banding ngan kedai2 kat Kl. Hasil dari shopping kat sini, kitorang beli 3 set kaktus. 1 set (ada 3 pokok kaktus) untuk wife aku letak atas meja ofis dia, 1 set lagi (ade 7 pokok kaktus) untuk letak kat umah kitorang and 1 set lagi (ade 7 pokok kaktus) untuk bob.








Memandangkan thread kali nie dah panjang sgt.. aku continue kat part 5 nanti.. tungguuuu..

Salamz...

No comments:

Post a Comment