Friday, June 17, 2011

... PeRkAhWiNaN aNgAh - ReSePsI bElAh LeLaKi (11 JuNe 2011) ...

Salamz...

Skang aku nak citer lak apa yang berlaku sepanjang kenduri belah lelaki. Actually kenduri belah lelaki yang di plan nak buat sesimple habis.. bertukar kepada kenduri yang bleh tahan grandnyer. ye le.. dah alang2 kenduri.. first time lak kenduri belah lelaki.. mesti mau bagi kow2 nyer. heheh.. gempak atau x.. yang penting semuanya selamat sejahtera dan berjalan lancar. jom.. kita usha2 apa yang berlaku.

kenduri belah laki adalah pada hari sabtu (11 Jun 2011). tapi sehari sebelum kenduri, 10 jun, tu ada buat kenduri kecil-kecilan sket. setakat baca yassin and tahlil. x jemput ramai pun. sedara mara yang ada je. majlis tu start lepas maghrib. Alhamdulillah.. semuanyer berjalan lancar.


Dikman tgh masak meehoon untuk juadah utama utk kenduri tahlil tu. Bob and dikman kire org kuat bagi penyediaan makanan la. sedappp oooo...

Esoknyer tu.. adalah hari yang ditunggu2. kenduri timeeeeee!! memasing bersiap.. pakai baju cantik2. dah macam hari raya dah aku tgk. aku mcm biasa le. pakai sempoi2 je. pakai baju time akad nikah dulu (muat lagi okay), pakai minyak wangi, pakai susuk and apa2 yg patut. handsome sungguh aku.

Majlis berjalan dengan cukup lancar. Alhamdulillah. aku rasa.. lebih lancar dari apa yang aku expect. x de sebarang isu langsung. pengantin sampai ontime.. mekap cantik.. pelamin gempak gilos... makanan sedap.. x hujan.. kire sume ok le. siap pengantin ade buat cempak ceremony lagi. korang tau cempak tu aper???!! x tau le tu. hampeh betul la korang nie. aku gak yang nak kena terangkan. ok la. cempak tu is a ceremony where pengantin balik bende2 untuk suke2. ade yang balik duit, ade yang baling coklat, ade yang baling budak.. mwahahha.. baling budak tu tipu je. untuk majlis cempak nie.. angah dan wife baling coklat. memang ceremony nie utk budak2 la terutamanya. ade gak le org2 tua sesat yang nak turut serta. best gak la. balik je coklat tu.. budak2 sume kerumun. ramai gak. siap ade yang nangis lagi sebab x dapat apa2. hahahha.. sian gak la aku tgk. harap x de le budak tu mengalami sebarang tekanan perasaan yang boleh membawa kepada kegiatan jenayah atau salah laku sosial. hehehhe..

Habis je majlis.. pengantin and photographer gi jalan2 amik gambar untuk outdoor session. aku sebagai abang yang kacak.. x pergi coz kononnyer nak membantu apa yg patut untuk kenduri tu. hasilnya.. aku makan nasik lagi dan berguling-guling atas lantai. mwahahah.. sungguh membantu aku nie. ade aku kisah? janji niat untuk membantu tu ada. dapat gak pahala.

moh kite nengok pic2 yang aku sempat snap. x de le banyak memandangkan aku busy hari tu. layan je le pics yang ada.


one dan lynn tgh posing atas pelamin. aku rasa diorang nie amik gambar atas pelamin ni lagi banyak dari pengantin amik gambar. rindu saat2 kawin dulu kot. hahahah


handsome and cun x kitorang. time2 busy tu le gak kitorang nak layan perasaan. pic nie pun kitorang snap sendiri. hadoih!


meja makan untuk vip. dua meja vip dikhaskan untuk keluarga belah pengantin pompuan. yang lain.. gi main jauh2


pintu gerbang untuk ke pelamin


antara suasa hari kenduri tu. time nie x ramai lagik yang datang


pengantin dah sampai. serba hitam gold. cantik baju diorang.


pengantin bersanding atas pelamin. ready untuk tepung tawar ceremony. x tau le kenapa tepung tu tawar.. kurang garam kot. mwahaha..


ija kat meja makan beradap


angah sebelum makan beradap. control macho. start je makan.. hambek ko. makan tak ingatnyer. lapar ler tu. aku time makan beradap nie dulu2.. x lalu langsung nak makan. mana x nyer. sume org dok usha2.. pemalu le katakan.. iyerrrrr lah.


upacara potong kek (time nie lagu kc & jojo diputarkan. romantik habis le. thanks untuk pengurus pilihan lagu time tu yg merangkap wife aku). heheh..




keluarga belah pompuan yang hadir. yang berdiri kat belakang, pakai baju merah (nombor dua dari kanan).. tu le mak pengantin pompuan.


aku ngan cermin mata baru.. hensem seh!! dah macam Aaron Aziz versi gemuk dah. hahaha..


belakang: angah, mak ngah, abah, pak su, maksu, pengantin
duduk: tok dan tok guru


bob ngan ehem2 bob (tasha) tgh mengambil berkat untuk majlis yang akan datang. hahaha.. pengantin kena ke tepi. nasib ko le angah.

secara ringkasnya.. start dari akad nikah sampai ke majlis kenduri ni.. semuanya berjalan dengan baik. Alhamdulillah, x de bende yg x diingini berlaku.

kepada angah and ija.. semoga rumahtangga yang dibina akan kekal berbahagia selama-lamanya... aaaammmiiinnnnnnn..


Salamz...

No comments:

Post a Comment