Friday, June 17, 2011

... PeRkAhWiNaN aNgAh - ReSePsI bElAh PoMpUaN (5 JuNe 2011) ...

Salam...

Nak citer sket pasal kenduri belah pompuan. Memandangkan kendurinyer 5 Jun 2011 di Bagan Datoh, so aku ngan family mertua aku convoy ke Bagan Datoh pada 4 Jun tu. kami plan untuk tinggal kat homestay malam nyer tu. Homestay yang kitorang nak stay ni dekat je ngan kampung pengantin pompuannyer. dalam 1 km je. senang le nak gerak esoknyer tu.

Kitorang gerak dah lepas asar. sampai sana time maghrib nak masuk isyak. dari KL kitorang gerak 3 keta.. keta bapak mertua aku, keta aku and keta hazwan. aku mmg seronok nak gi sana coz dah lama sangat aku x ikut jalan ke bagan datoh tu. dulu2 ade le time keje kat sentul dulu. kire2 mengimbas kenangan2 lama la. mwahaha.. bukan ade kenangan pun. kenagan keje ade le. cet!! x romantik langsung kenangan tu.


aku tgh posing pagi 5 Jun tu.. sekali tgk mmg macam Aaron Aziz. dua kali tgk.. macam Pak Aziz Satar. mwahaha.. kutuk diri sendiri.


bob, lynn, wife aku and mak mertua aku tgh giat siapkan bunga telur. aku? tgk je. bagi sokongan moral yang x seberapa bermoral


pic jalan masuk utama ke umah homestay nie.


ni le homestay yg kitorang duduk tu. ok la. selesa gak la. semi-D lagi. sewa satu umah dalam RM200. tengkiu pada pengantin yang sponsor.


kitorang gerak ke umah pemngantin pompuan jam 12 tengahari sebab bersanding jam 12.30. suasana pagi tu macam nak hujan sangat tapi alhamdulillah tak jadi hujan. so.. sepanjang kenduri tu keadaan cuaca agak panas. tapi ok la dari hujan. moh kite tengok pic yang sempat aku amik sebelum aku menjalankan aktiviti kegemaran aku... mentekedaghah (makan).


sampai2 je.. pengantin didudukkan di depan khemah pengantin. senang untuk saper2 nak amik pic. tema color.. purple.


bersanding


x tahan aku tgk muke angah. macam muke x tau nak buat apa. mwahaha.. sian adik aku. tgh control habis ler tu




Settle je majlis tu.. pengantin, bob, pengapit, lynn, hazwan and photographer gi buat outdoor shooting. aku balik umah je memandangkan perut dah kenyang.. amat sesuai le menjalankan aktiviti mengularkan diri kat sofa. penat layan suasana panas.

Conclusion majlis tu.. sume ok.. x de perkara2 yang tidak diingini berlaku. belah pmpuan dah habis azab dah.. minggu depannyer tu lak.. turn kitorang lak.

Salamz...

No comments:

Post a Comment